Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Kedai makan Sungai Tapah nih memang famous untuk breakfast. Tadi kebetulan ke pejabat tanah kecil Ipoh di Kampung Manjoi awok singgah kejap breakfast sebelum masuk ofis. Memang ramai jugak orang especially orang gomen *heran awok deme nih ade jer memana kalau breakfast*. Neway, awok order nasi lemak kerang dengan telor goreng satu. Memang mantap! Hehehe. Dulu-dulu awok suke order wan tan hor sini, skang takde dah kot.
Okay, sapa yang tinggal atau pernah ke Johor Bahru confirm tahu apa stimbot lok-lok tuh sebab kat sana ada medan selera stimbot lok-lok van luton. So kat Ipoh nih kalau nak kata takde tak jugak tapi yang ada rasanya non halal. Kebanyakannya jual style yong tau foo macam kat pasar malam tuh. So, back to pasal lok-lok kat meru nih, ianya bagi aku konsep yang agak baik tambah-tambah tak ramai yang buat. Rasa pun bagi aku agak okay, lebih kurang macam yang di Johor. Cumanya, masih tak boleh calen dengan yang di Johor dari segi pilihan makanan. Mungkin ianya masih baru dan perlukan penambah baikan, takpe kita just bagi masa skit. Harga pun okay satu cucuk RM1.
Saje mencuba kafe baru nih yang terletak di area Taman Cempaka Ipoh. Kalau korang masuk kat simpang rtm tuh terus depan skit dari jalan besar tuh belah kanan memang bolrh nampak kafe nih. Saya tak pasti bila bukak tapi rasanya agak baru jugak. Food dia nice jugak dengan nama yang menarik. Gambar atas tuh lamb grill yang dipanggil Marry Had A Little Lamb. Ada Maleficient, Finding Nemo dan macam-macam lagi. Hoho. Waiteress pun friendly and cantik2 ditambah dengan kehadiran awek2 hijabista politeknik kot ke kafe nih memang menghidupkan lagi suasana dan menyedapkan makanan di kafe nih. Heheheh😂
Ok nih terjumpa masa dalam perjalanan nak ke KL harituh. Berdekatan Pak Tam Cafe. Menarik sangat rupa dia, comel! Hahaha. Rasa dia boleh tahan jugak. Dalam ada inti kastard. Tapi tak berapa manis sangat lah krim kastard tuh. But texture dia lembut dan wangi. Hoho. Harga 3 rm1 kot. Lupa dah. Harga tak termasuk gst. Hahaha.
Sapa-sapa peminat kopi atau pada yang ingin cuba kopi yang lain dari yang lain di Ipoh nih boleh try kopi Vietnam kat Suhaimi kafe nih yang terletak di area Silibin atau Kledang. Ipoh memang famous dengan kopi putih (Ipoh White Coffee). Bagi saya, kalau nk minum tanpa ais, mmg pekat kopi nih. Hanya true hardcore coffee lover je kot yang boleh terima haha. Kafe nih juga hanya buka untuk breakfast sehingga tengahari.
Haaaaa...sapa dok area Tambun mesti tau kan Restoran Kampung Ipoh nih. Sekarang restoran nih ada buat stimbot & grill ala-ala Korea. Rasa? Ok lah. Ada banyak pilihan makanan macam Seoul Garden tapi pilihan untuk grill agak terhad. Flavor peraman juga tidak pelbagai, hanya ada satu jenis peraman untuk daging kambing dan ayam. Namun ianya agak setimpal dengan harganya yang lebih murah berbanding Seoul Garden. Harga dewasa RM30. Buka dari 5pm hingga 12am xsilap.
Mee Rebus Ramlee nih antara yang terlejen di Ipoh setaraf Nasi Ayam Fuziah, Nasi Ganja dan sebagainya. Saya dah makan di restoran nih dari saya umur 5 tahun lagi. Rasanya alhamdulillah masih boleh kata sama sampai sekarang. Dulu ianya bermula di Tasek, sekarang dah mempunyai beberapa cawangan di sekitar Ipoh. Antara yang mesti cuba sekiranya anda di Ipoh.
Kalau datang Ipoh rasanya korang kene try restoran Nasi Lemak Ayam Kampung nih. Terletak di Jalan Ali Pitchay berdekatan Jalan Yang Kalsom restoran nih hidang berbagai jenis masakan termasuk makanan eksotik seperti ayam kampung dan belut. Bersempena namanya jadi menu yang mesti dicuba mestilah nasi lemak ayam kampung nyer kan. Boleh dikatakan agak sedap cuma ayamnya tidak lah lembut, juicy dan gemuk macam ayam biasa tuh kan. Korang boleh baca review saya di www.eatz.me pasal restoran nih. Waktu perniagaan adalah dari pkul 12 tghari hingga 1 malam.
Bebudak meru mesti tau cafe nih. Memang unik dan hipster. Antara cafe yang wujud sebelum fenomena cafe hipster wujud kat Ipoh nih. Banyak barang antik sini macam basikal lama, motor, gambar etc. Food mostly western macam chicken chop, lamb chop suma tuh lah. Servis agak lambat I must say but food agak sedap. Apapun, worth a visit kalau korang ada masa. Hehehehe
Nasi Ayam dan Ipoh adalah sangat sinonim sepertimana Nasi Kandar dan Pulau Pinang. Tapi Nasi Ayam Taugeh nih slalunya dijual di restoran-restoran Chinese. Yang Melayu ada tetapi jarang yang buat Nasi Ayam Taugeh nih. Saya personally sgt sukakan Nasi Ayam. One of my favourite food sebab saya suka Chinese food. So, dalam banyak-banyak tempat yang serve Nasi Ayam, gerai nih adalah merupakan ANTARA yang terbaik di Ipoh kalau korang nak cuba Nasi Ayam yang halal. Nama gerai ialah Masakan Yan iaitu merupakan gerai no. 5 di medan selera tersebut. Nasi Ayam dia memang best. Cumanya satu aje, bagi yang agak particular pasal kebersihan, better korang pegi restoran macam Nasi Ayam Hainan Ipoh tuh ataupun Nasi Ayam Fuziah. Saya dah warning yer sebab this place is kinda like street food so kebersihan dia agak fail skit lah. But for those yang xkisah, korang boleh cuba. Apa2 pun, tunggu post yang lebih detail di www.eatz.me nanti.
Haaa sapa yang on the way ke utara tuh dan tak tahu hentian mana yang ada makan best atau tak tahu nak makan apa di hentian Rehat dan Rawat Semanggol nih, boleh cuba stall nasi ayam nih. Agak terbaik rasa dia. Bukan apa kekadang dok ulang alik ulang alik kat hentian untuk cari apa yang nk dimakan. Selalunya kedai hidang menu yang sama ajer. Rasa okay, nasi dia mmg terbaik sticky skit tapi ayam sedikitttt masin. Skit ajer. Ini di gerai no. 2, "Rina Stall".
About Me
Hye, sila lihat profil saya di SINI.
Popular Posts
-
Waktu Operasi Pekan Buku. , originally uploaded by Fadzioriq . Haha,mesti korang heran pekehalnye aku letak pekan buku punya operating hours...
-
Haaaa...nasi ayam fuziah nih antara nasi ayam halal yang terfamous di Ipoh dari dulu lagi sejak zaman bazar bulat. Personally, aku tak berap...
-
Ok nih terjumpa masa dalam perjalanan nak ke KL harituh. Berdekatan Pak Tam Cafe. Menarik sangat rupa dia, comel! Hahaha. Rasa dia boleh tah...
-
Selain mee kari Mat Jasak, mee kari Kak Yah juga merupakan antara yang terbaik di Ipoh. Ada banyak cawangan iaitu di Silibin dan di medan ki...
-
Luncheon lewat di restoran haji sharin low nih. Suka order nih, Ayam Marmite which jgn nk tny aku menda marmite tuh. Bunyi mcm termites tp b...
-
Pak Mal Nasi Ayam, Seksyen 11, Shah Alam. , originally uploaded by Fadzioriq . Salah satu nasi ayam yang agak sedap kat shah alam nih. Murah...
-
Tak tahu nak dinner mana malam nih? Apa kata sejuk-sejuk nih try tomyam nih. Actually saya pun tak pasti apa maksud poktek tuh. But dalam to...
-
Hurm sapa kat sini tak kenal teh Boh, maka dia sememangnya baru keluar dari gua. Jenama teh nih adalah jenama yang paling mainstream kat Mal...
-
Lama tak update. Alhamdulillah berkesempatan ke negara Bosnia dan Herzegovina. Untuk pertama kali berpeluang mencuba makanan tradisional Bos...
-
Sapa-sapa peminat kopi atau pada yang ingin cuba kopi yang lain dari yang lain di Ipoh nih boleh try kopi Vietnam kat Suhaimi kafe nih yang ...
Labels Cloud
- Jalan-Jalan
- Makan-Makan
- Omong Kosong
- Tumblr Saya
